The Big Apple
Neapolitan Ice Cream
Happy New Year!
Posted on @Sunday, January 1, 2012 with 0 cream.s

Assalamualaikum + good evening to all. Waktu entry ni di-type, rasa macam tak percaya yang today is 1st January 2012. Jom kita muhasabah diri sebentar dan mengingatkan diri kita bahawa Allah telah memanjangkan umur kita sampai ke tahun 2012, jadi mari lah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan janganlah kita lupa diri. Ini lah sebenarnya cara menyambut tahun baru yang dibolehkan. Bukan dengan cara berparty macam esok kiamat. *Dah macam lagu Jay Sean pun ada: 'Party like it's 2012' Lol

Anyways, who else here spent the last day of 2011 with their beloved family? Jyeahh, sep sikit! Haha actually, semalam aku pergi camp Celik Teenz dekat Surau An-Nur, Country Heights. On the way ke surau An-Nur, memang banyak gila lah rumah-rumah banglo yang tersergam indah dekat area Country Heights! Macam dah nak kiamat! Biasalah, area rumah rumah orang kaya dan berada. Tapi macam sayang je buat rumah besar besar sampai 4-5 tingkat. Kalau Kiamat nanti semua benda roboh jugak, ye dak? Haha anyways, back to topic asal. Okay, so camp Celik Teenz tu was not so bad laa. Mula-mula, waktu dapat tahu yang my mom dah registerkan, punyalah aku merayu tak nak pergi. Last last, memang tak menyesal ah. Best la jugak. Dapat kawan baru, ilmu baru. Tapi dalam bilik kuliah tu dah macam dekat South Pole. Sejuuuuuk! 

Dalam pukul 5pm, semua participants kena duduk dalam prayer hall sebab Prof. Dr. Muhaya nak bagi ceramah. Muka Prof tu macam muka Cikgu Azraq sikit :3 Hehee, then sebelum balik tu sempatlah jugak salam dengan motivator semua. Ibu sempat ambil gambar dengan Dr. Muhaya xD Peminat woo. Haha k, then terus pergi Shah Alam sebab ada Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus. Best solat Maghrib dekat Masjid Shah Alam, rasa macam dekat dalam Sheikh Zayed Grand Mosque yang dekat Abu Dhabi tu :3 Dah lah besar GILA! Mashallah. Lepas solat Maghrib, kitorang jalan ke Dataran Shah Alam pulak. Walking distance je daripada masjid. Bila sampai Dataran, PERGGGH. BANJIR dengan manusia! 

Serious, ramai orang. The best part is, kitorang semua solat Isya'  ramai-ramai dekat Dataran Shah Alam, atas rumput under the open sky. Lepas solat Isya', ada perforamance from Shahir AF9 and ramai lagi orang yang aku tak kenal. Then part Zizan Raja Lawak dengan Ustaz Azhar. Ohmyy serious lawak gegila! Zizan suka loya buruk tapi Ustaz sabor je la. Then beberapa saat sebelum pukul 00.00am, kitorang countdown ramai ramai dengan menyanyikan Asmaul Husna. Time tu macam.. Ya Allah terharu gilaa. Bila dah pukul 12, Ustaz Azhar bacakan doa. Then semua orang balik. Memang traffic jam ah. Semua orang nak keluar at the same time. Haha kbye.

Happy New Year to all and thanks to Allah SWT for all these years he's been with us :')
PAST | PRESENT

Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.